• Big Pantai Batu Burok

    BIG kali ni memang saje je nak buat jauh-jauh. Bosan kut asyik buat aktiviti kat IPG terchenta je, apa salahnya kali ni kita jalan-jalan kat Pantai Batu Burok , Kuala Terengganu. Luas perjalanan, bertambah-tambahla pengalaman kita bukan?

  • Talentime 2011

    KSM Talentime 2011 yg telah dianjurkn oleh pelajar PPISMP TESL SEM 3 brtujuan mncungkil bakat2 trpendam guru2 pelatih di institut ini..oleh itu, kami tlh mengambil ksmpatan dan peluang ni tuk menyertainye..

  • Aidilfitri 2011

    Raya datang lagi! Kali ni sambutan Aidilfitri di IPGKSM sedikit berbeza kalau nak dibandingkan dengan sambutan yang sebelum ini. Meriah gilerr! Opkos meriah sesangat sebab kali ni, semua kelas di kehendaki untuk menyediakan juadah hari raya, dalam kata lain, kelas terbuka.

  • Majlis Berbuka Puasa

    Aha.. Ramadhan kali ni diserikan dengan acara berbuka puasa beramai-ramai di teratak KU berdedikasi: Arif a.k.a Insp. Amir. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 15 minit dari IPG KSM terchenta ke Semerak, iaitu lokasi singgah iftar kita pada kali ini.

  • Language Camp

    Language Camp di Agro Resort Setiu. Agro lagi.. Hari tu Kem Kepenggunaan pun buat kat sini jugak. Tapi tapi tapi... kali ni penginapan dan makan-makan terbaik la compare dengan kem hari tu. Bermalam di Lakeview Suite(nama nak grand je kann~) cukup untuk membuatkan diri ni terperasan konon-konon sedang bercuti. Khayalan semata.

  • Biodiversiti Sungkai

    kelas 4 PISMP SN dah buat lawatan biodiversiti di sungkai, perak.. tempat yang kami tuju adalah pusat konservasi hidupan liar sungkai.. kat sana ada rusa, seladang dan 6 spesies burung kuang

  • Perkhemahan UB

    UB stand for = Unit Beruniform lah.. perkhemahan ni telah dijalankan di KEM TEBU VIEW, LaTA bElatan.. pada 11-14 September 2012.. hari Selasa - Jumaat..nak dijadikan cerita, dalam kelas 4 Pismp Sn ni ada dua bahagian UB.. 1 kechik 1 besar kaumnya.kaum kechik = PPK (PANDU PUTERI KADET) Ahlinya : Cik Maisarah Manas (sorg je..)

  • Raye Hoyyeah!!

    Raye2 lagi!!. hoyeah..alhamdulillah tahun ini sekali lagi IPG kita yang terchenta mengadakan OPEN CLASSS. Sebelum tu, mintak maap banyak-banyak disebabkan lambat mengUPDATE. Banyak betoi aktiviti lepas raya sampai tak sempat nak kongsikan cerita2 best. Tapi kata omputeh better late than never, kan??.

Friday, 22 August 2014

0

Rayer Terakhir Di Bumi Besut


Jom tengok suasana rayer dengan budak - budak yang eksaited nak abes belajar...

selfie dulu sebelum makan..

jejaka-jejaka idaman kelas Sains..

bunga-bunga di taman larangan.ahaksss..
katenya trending, gedikss ke kiut?? ewwww

tiga masih single, lagi sorang sudah berpunye oke.


bersunggohnye makang Mr. Bad..

gumbira..

bersama papa tersayam Inche Zikri Awang



alhamdulillah..sedap bak hang!!

beautiful princess..so ayu..


dapnye..meleleh air liur

keluarga bahagia Jabatan Sains...


Selamat hari raye & maaf zahir batin dari kami pelajar tahun akhir unit Sains..doakan kami lulus VIVA, intebiu SPP dan final exam. semoga cepat -cepat posting..in sha Allah..

Wednesday, 13 March 2013

3

BIG SK Kamil 1, Pasir Puteh



Lawatan Penanda Aras SK Kamil 1, Pasir Puteh Kelantan


Taklimat berkenaan pencapaian dan pengurusan sekolah


Ketika berada di Makmal Sains


Bengkel Kemahiran Hidup 
Murid-murid beratur untuk masuk ke bengkel.


Bilik gerakan KSSR
Tafsiran band KSSR dan organisasi bilik ini dipaparkan supaya mudah dirujuk oleh guru-guru dan murid-murid.


 Kelas Disleksia SK Kamil 1
Terdapat modul pengajaran yang telah disediakan bagi memudahkan pengajaran guru. Juga terdapat organisasi tugasan untuk memastikan kelas disleksia ini sistematik dan tersusun.

Makmal Komputer SK Kamil 1
Terdapat panduan peraturan penggunaan makmal bagi memudahkan murid untuk menggunakan makmal. Buku rekod lawatan makmal serta buku rekod penggunaan makmal disediakan bagi merekod setiap keluar masuk murid-murid dan guru ke makmal



Pusat Sumber SK Kamil 1


 Murid-murid sedang membuat latihan untuk pertandingan memanah di padang. 

 Stor Sukan
 Majlis Penutup Bina Insan Guru kali ke-5  PISMP Sains semester 5, 2013

*Terima Kasih segalanya #SK Kamil 1 #BIG #kBye

Friday, 1 February 2013

2

Kejohanan Badminton Tertutup Peringkat dot dot dot


Perghhh.. Tajuk Entri kali ini.. Memanggg

Kebabommm..

Assalamualaikum.. Hi peepsss.. Tengah buat ape tu?
Report Kimia eh? Udoh2 ler tu.. Jangan dop rajin sangat gak..

Sunyi an blog ni sekarang.. Al maklum lah.. masing2 dop sibuk dengan kerja masing2...
Ada yang sibuk duk tgh khayal nak buat single lar..
Ada yang sibuk duk tgh layan lagu lar...
dan ada yang duk tengah sibuk nak ber'kempen' laaa...

ape2 pon... semua sibuk hal masing2.. sampai an xda waktu nak berSENAM..

ohooiii... bersenam kot..

ea lah weyyy... kena la h bersenam.. kata nak kurus.. kata nak kempiskan perut...
bak kata kawan saya dari United Kingdom.. NO PAIN! NO GAIN! NO SAKIT URAT! NO KURUS-KURUS!..  

Nah tu dia... bila penulis blog berkata2..



nah.. ini lah yg dmaksdukan dgn kejohanan badminton tertutup.. hahaha...acaner? propa an?

tengok... sapa uh? semangat bagai.. maklum lah.. nak sihat! kow guano?

layan je erk~~ yg baju biru tu.. MILO BOY kami.. hahaha.. peacee~~~

adoi.. ni btul ke berlakon je ni?

HANIF: nampak sangat berlakon nyerr~~ WA: xreal la lakonan tu~~ hahahahahaha

haaaa. yang ni betul2 punya.. gugur habes bulu kaki terr..

well.. game sgt sengit.. ce teka sape pemenangnya.. tentula kawe hok menangnye...pemain2nya adalah kawe, encik arif, encik hazwa, ustaz hanif, dik badrul (untg ler dpt title adik.. hahaha. gurau jerp,) mr. naqi n ad lagi ka?

tengok!!

maap ea dik... sila cuba minggu depan.. baju oren terr.. jangn ganggu players.. saja nk cheerleading..

bulu tangkis baru... bess kot main.. ps: trima kasih kpd hamba ALLAH yang sudi bagi pnjam raker.. mana satu ag raket...!!!

ni ha~
tengok.. lepas main terus turun 2kg.. percaya x? korang nak tips x? calling2 eh..




fuhhh!!
mmg penat lerr main badminton nih.. habes skit2 satu badan.. tapi sngat puas.. 
sebabnya dapat bulu tangkis yg baru.. 





tengs for da cakess birthday girl... ZORA FARHANES BINTI ZOLKIFLI..

yang ke 20++





sebelum saya nak off lappy.. saya tinggalkan anda semua dgn sebuah mv.. special song to abang suku abad kiter dgn jirannya~~

                                             lawa seyhhhh ini punya cewek~~

Monday, 28 January 2013

0

Hiatus.


Blog ni terhenti seketika dari hupdate-hupdate. 

Ada je idea nak update. tapi season 5 ni quite bz hoih! almost everyday balik pukul 5. Dengan olahraga bagai lagi. Well, I know, korang pun rasa menda yang sama right?

Tapi orang kata, tu semua alasan nak mengelak je. Padahal kalau idea mengalir laju tu, tak sampai setengah jam tulis dah boleh post...Ohoiii!!

Nanti2 lah ea rerakan.

Sedih gak tgok blog ni sunyi sepi. Tadi pun sempat tebas lalang-lalang yang dah menyemak kat dalam blog ni.. Hoho

Friday, 9 November 2012

0

CUTI-CUTI


Assalamualaikum..
Hai Peeps...

ohhoi.. Tetiba malam ni kawe terase nak hapdate blog kelas kiter la... 
Ni mesti kes rindu kat kelas... adoi.. came on.. baru cti satu hari.. dah rindu kat classmate... 
Acaner awok2 kiter tuh... cuti nih terigt dop saen2...

Kalo sapo teringat.. sila korek hidung..(opss. terkasar plak)..
Mesti sume dop bergembira sakan.... maklum lah.. dengar2 ad yang nak kawin la... nk mitak kerja KFC lah.. nak makan tido.. makan tido lah..nak layan cter korea... sesape yg peminat tergar cter korea uh.. bole la lyan sampai muntah darah sebelum bukak sem baru...

 BUTTTTSSS...

 msti dingati... harus mesti meng-UPDATE status sllu ea...

HAHAHAHAHA...

jadi sebelum saya tutup tirai... dengan ini saya mengharapkan agar sume hepi-hepi selalu...moga terus sukses...(ayattt.. skema sangat).. sebelum saya undur diri... jaga-jaga.. ada yang perhati...

XOXO GOSSIP GIRL (SEASON FINALE)


SATU AG... LAYAN VIDEO NIH DULU.

NI BUKAN NAK PROMOTE CTER NIH...BUKAN JUGAK NAK PROMOTE FARID KAMIL.. TAPI NAK PROMOTE HOT MAMA KITER NIH... OPSS.. SORY2.. NAK PROMOTE CUTI-CUTI JAHHH!!
               
.

Wednesday, 3 October 2012

0

Wordless Wednesday










Monday, 1 October 2012

8

Cerita Hebat Edisi Terkini





cerita apa yang hebat sangat tu? mesti u olls tertanya-tanya kan. rilek la, jangan gelojoh sangat.dup dap dup dap bunyi jantung xsabaq nak tahu.hehe (bajet gile). 

belog ini mengikut Cik Farina Natasha dah berjamang di buat sejak tahun 2011 lagi. tapi tak ramai yang nak mengHAPDET belog tersayam ni.(sob.sob.sob...) bukan sebab apa cuma kekadang kita semua sibuk dengan tugasan, tak kurang jugak menyibukkan diri mengkhatamkan cerita2 best.errr.

dah lama baca belog ni tapi kita tak mengenali lagi kan budak2 kelas Sains.nah, nilah ceritakan hebatnye.u oll mesti bengang kan?? hehe.sabaq na. jangan stop baca lagi.sila habiskan entri ni untuk mengetahui kisah selanjutnya. baca jangan tak baca..

BUDAK2 KELAS SAINS JAN 2011

untuk pengetahuan semua budak sains seramai 23 orang. 13 boys and 10 gurls. pelik kan laki lagi ramai.selalunya golongan Hawa akan mendahului kaum Adam. tapi  takpela tu tak penting. JOM! kita berkenalan dengan insan-insan terpilih yang hebat lagi OHSEM!!.ngeee




nilah dia K.U bagi sem 3 dan 4. Sahdan yang fanatik ngan kameranya. sahdan ni orangnya cool dan suka senyum. ada masalah pun senyum je. jarang nak tengok dia marah. Set a rain to the fire eh Dan?

Sahdan ni peminat tegar Shila Hamzah. Sampai sanggup ngaku Shila tu awek dia..haha 
Ish ish Sasha..

Pandai jugak main gitar and nyanyi-nyanyi serba sikit. Also atlet badminton jugak, selalu  la beregu dengan AIamn, katenye nak lawan Lin Dan. Tinggi cita-cita terr//

p/s: kalo chat suka guna nama Aaron Md Aziz. Bajet Aaron Aziz lettew.. :p


cer teka sapakah gerangan gadis ini?? hah! rozita che wan. haha.. bukan lorh,ni ialah PKU kami iaitu cik Nieda Sajer. cik nieda adalah seorang yang " adorable n hardworking ". kalau buat aktiviti dengan dia, banyak gile idea yang logik n interesting. 

Nieda ni memang sangat sesuai jadi cikgu sekolah rendah, sebab idea yang dicurahkan kebanyakkannya sesuai dengan budak-budak. Semuanya aktiviti fun-fun belako.

Nieda ni sangat pantang kalau ditunjukkan gambar masa zaman kitorang PPISMP dulu.
Dia pernah cakap,'Aku sanggup bayo ko 10k sebab xmo bg ko tunjuk gambar aku zaman muda mudi dok meced tu dulu'
Haha, macam-macam lah Nieda!


Aiman Sereng Agus Salim adalah budak lelaki berasal dari Tumpat, Kelantan. Aiman ni peminat tegar Chelsea jangan tak tahu. dia juga boleh dikategorikan jenis yang cool lah jugak. Tapi kalau nak mintak tolong tu, kena fikir dua kali sikit ngan Aiman nih. Bukan susah nak mintak tolong, tapi kena ketuk 2 3 kali baru gerak. 
Ohoi Cg Aiman..

Tapi siapa sangka, Aiman ni nampak je gini, tapi masuk carta HOT jugak.. Mana tak hotnya, dah la atlet badminton ade kumpulan indie sendiri lagi.. (ye dok fakta nih?)

Aha, teringat lak, alkisah Aimang and Ezzah, dorang start dari sekolah menengah lagi bersama, daripada MRSM Gerik ke MRSM Terengganu, then sambung lak ke UIA sekejap, pastu ditakdirkan sekelas di IPGKSM. Bukan bersama yang ehem-ehem tu, tapi sama-sama tempat belajar. 
 Know what, kadang-kadang Aiman ni kalau start skipping KeEL, tergolek-golek Tumpatnye.. haha! 
Paling takleh blah masa mikroteaching ritu, ASID, sebutan baku yer.. LoL


Berbunga-bunga di taman larangan, dah macam puteri raja dah hai~~
Ala2 Rozita Che Wan gitewwwww..phewitt..
kalau cik adek manis sorang ni rasenya xperlu nak di perkenalkan lagi. mesti ramai yang dah kenal kan si cantek ni. only one word to describe aida " cute ".
Tapi kadang-kadang tengok Aida ni macam hamster pun hado.. haa..
Aida ni agak pemalu dan agak secretive orangnya.

Sangat sensitif bila capture gambar sendiri. If nak capture gambar si Aida ni, mesti kena makesure cantik, kalau tak..'delete..delete..delete' Hadoi aide..
Penat den nak delete-delete. haha 


ashraf @ ceraff ni suka buat hal sendiri.kalau dalam kelas tu dia x take part sangat la dalam aktiviti. tapi jangan terkezut sebab ceraff adalah retis maketab.hebat dowh. ko ado?? 
Dan sangatlah suka buat video untuk kelas. Mengasah bakat katanya. Orang Pasir Puteh ni dan baik jugak. Kadang-kadang tu skema pun hado..Tengok style rambut lah, belah tepi tu beb.



pernah x dengar nama cik aifa or dalica hanez?? mesti pernah kan. nilah dia gerangan orangnya. cik aifa  ni banyak skill dia tau x.sebut je pasal manik. konpem2 ramai yang dah pernah tempah ngan cik aifa. 

cik aifa jugak pandai buat kraftangan guna kain felt. opps lupa nak bagi tahu nama cik aifa ialah aini. "talkative" is the best word for aini.

Tapi kadang-kadang orang panggil dia si ratu lebah jugak. haha.. Kenapa? Teka sendiri. haha


ok.. ni cik aifa nk jawab sendiri..haha..
1)sebb banyak cakap sangat kadang2 xdan orang lain nak bercakap..
2) tempat yang sunyi tetibe bising (gege gegok) dgn suara dia bercakap..haha
3) dah dua (2) kali kot disengat tebuan n lebah.. sekali dkt jari manis kiri, sekali kat dagu.. marah aku sbb byk cakap kot.. motif gilew...





cakap je pasal surau.nah,nilah orang yang paling sesuai nak tolong kalau pasal bab2 surau. Tambahan pulak dia sekarang ni jadi Timbalan Exco Kerohanian. sejok perut ibu mengandungkan anih. alhamdulillah.

tmbhan pula skrg ni dia tgh hot stuff..almklum lar orgnya hnsem..
untung ler sape y bkenn dhtinya..hahaha..(hack ckit ksi xplain byk2 by vmpire)


Apa pendapat korang bila tengok budak ni? ada ala-ala profesor x? Ke gaya model  Giorgio Armani? ezzah ni kalau uolss nak tahu, sangat intelektual. tanya la apa2 pun konpem dia tau. dia ni macam ensiklopedia bergerak la.
Hantu buku ni, tengok spekmate tebal terr..
Kalau buku Harry Potter tu memang cukup set lah dalam bilik dia. Peminat tegar Harry Potter nih.
Dan sangat gilakan COKLAT. Dalam bilik dia wajib ada stok coklat.
hehehehe

x ckup tue..dia ni mmg sinonim ngn citer OMBAK RINDU..
Izzah ombak rindu lar ktakan..
jgn mrah yer izzah ^_^





amboi izzul bahagianya berendam dalam air. izzul atau pun inche damak ni jenis yang "outspoken" . boleh tahan pedas jugak la kalau dia bercakap. lagi satu suara dia bukan main kuat. boleh pecah telinga.huh..

Memang sesuai lah si Izzul ni join debat.
Tengok gambar ni tetiba rasa Izzul ni 'kecik' 
Haih, silap-silap boleh tertukar batu sungai ngan Izzul.. ekekee


berjalan sakan tasha nampak. cik tasha kita ni kecik je orangnya. cik tasha orang yang memahami dan senang nak mintak tolong. cakap je, inshaAllah dia tolong sedaya termampu. 
Jangan x tahu cik tasha jugak pembuat kek cokelat kelas kami. kalau nak rasa,datang la beraya tahun depan eh.
Orang jerteh je ni. Pantang sebut rumah, terus mata bersinar-sinar. Memang hantu rumah, anak mak katakann... haha!

Si hantu buku jugak budak ni. Dalam bilik dia bersusun buku. Macam-macam jenis, dah macam library pun hado. Tapi yang tak boleh blahnya, buku tu banyak jugak yang tak habis lagi.
 Haih, macam-macam.. hehe


zul mn itulah nama popular beliau. zul mn di antara budak paling rajin kat kelas tuh. kerja dia mesti awal2 lagi dah settle. Memang rajin. 


Tapi kadang-kadang Ju ni fed-up jugak kalau buat kerja awal. Sebab selalu jugak kena reject. Sampai trauma katanya. Assignment English aritu.. kan?

Zul ni baik orangnya tapi hati-hati, jangan gurau sebarangan dengan dia.. sensitip nih.. haha
ehem, sebelum terlupa, nama manjanya Juju or Booolat.. opss! Sori Juju.. :p


eh,zora buat ape kat belakang tuh?? malu2 kucing la plak. cik adek manis yang kecik molek ni sangat jadi SU. banyak lah experience cik zora dalam kerja2 SU. 

Zora ni tersangatlah rajin orangnya..memang takdak orang boleh nak challenge lah.
Dengan Zora ni kena jaga-jaga sikit, salah hari, silap-silap kena benam kepala kau..
Garang kot orang Ijok nih. Sampai kena gelar Kak Yong.. Hahaha! 

Gurau aje Zora, (censored)jangan benam aku, please!.. Tapi dalam garang dia tu ada lembutnya. Kalau kenal Zora ni betul-betul, korang memang tak caya lah dia ni itu ini begitu begini.




Hazwan ni kira budak laki paling tough la kat dalam kelas. tengak aje badan2 dia. Macam Badang gitu.. memang xperlu la nak di nafikan lagilah kan. 
walaupun nampak gagah perkasa tapi hazwan ni orangnya baik dan boleh dibawak berbincang.

Jangan takut lak bila tengok badan dia tu, luaran tak mencerminkan dalaman. Bila dah kenal mesti macam tak caya je sifat dia and fizikal tu sangat berbeza.


tu dia cik maisarah manas posing. ratu cantek pon bisa kalah.huhu. Aha, ye lah kan, suatu ketika dulu pernah dikenali sebagai DIVA.. Kau hado? 
Nilah cik sarah orang yang paling pakar psiko dalam kelas. Kalau nak mintak extend tarikh assignment dengan lecturer, Sarahlah orangnya..Memang dapat lah extend tarikh tu
 hebat cik sarah ni, xde orang boleh tandingi..

cik sarah juga seorang yang klaka. orang kata x bosan la kalau lepak ngan dia.
pemilik blog bukan pujaan malaya nih..




Naqiuddin Latiff. Orang Pahang ni. Rumah dia sangat dekat dengan Gambang Waterpark tu. Lepas ni kalau ada sesapa yang pergi Gambang Waterpark tu, bolehlah singgah dekat rumah Naqi yer.. 

Naqi ni susah sikit nak ditafsir personaliti dia. Kadang dia okey, kadang dia ikut mood dia. Berangin-angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Tapi Naqi ni mudah jugak kalau nak mintak tolong. 

If kita pandai cakap and ayat-ayat bagi cair sket. haha! Gurau je Naqi.
Dulu pernah eksiden masa duk kat IPG ni lah. Teruk jugaklah kena, luka-luka separuh badan. Tapi, hikmah betul eksiden tu,  dan-dan je lepas tu dapat kereta Persona free-free kan? Hehe..Untunglahh.. 

TUDEAA dah mai dahhh! Anak mami Kepala Bataih Pulau Pinang.. Ayu cantik jelita manis rupawan.. Ewah!

Zeti yang manis gitu posing pulok ala-ala gadis melayu terakhir di tepi padang atas astaka SK Bukit Badong. Zeti ni lembut sangat orangnya. Dalam kelas turut dikenali dengan Ostajah Zeti.. haha

Sangat pandai buat lukisan doodle. Kreatif orangnya, memang tangan emas, kalau nak suruh doodle pape untuk aktiviti kelas, Zeti lah orang yang dicari-cari.. 




Makan! Makan! Makan! Makan saje eh Nazmi? Nazmi Mohd Isa a.k.a Nami ni asalnya jauh nun dsana doket Batu Pahat, Johor..Dkenli jgk sbgai KFC(khairul fahmi che mat) coz rupa dia ank branak ngn KFC.. Dalam setahun tu boleh kira dengan jari berapa kali dia balik rumah.


Nami ni sangatlah penjimat orangnya dan sangat baik jugak. Kalau orang dok mengata pape pun kat dia, Nazmi maintain senyum. Jujur je, cakap je pape kat dia ni, nak kutuk ke, nak marah ke..memang tak beri kesan lah. 

Zaman orientasi dolu-dolu, senior sampai give up nak buli dia, sebab Nami macam tak bagi respon yang diharapkan. haha! Kesian senior. Terbaik lah Nami!


Phewwitt.. cantik ayu manis bergaya kebabomm LadyQaqa a.k.a Piqa..
Shantek ter baju ala-ala orang nok nikoh gittew.. Piqa ni agak komited dengan kerjanya and sangat suka tolong orang di dalam kesusahan.
Caihs, skema bapok ayat...
Pemilik kereta Nissan Bluebird yang sangat berjasa untuk ke pasar Besut dan keluar ke mana-mana. Tenkiu Piqa, jasamu dikenang hingga ke syurga. Aiwah!

Piqa ni orangnya sangat-sangatlah sporting and kool dan jugak tersangat rileks. Dok Pika ni memang rasa less tension lah.
And sangat suka dengan Gegurl yang besar gedabak tu..Comelss gilaaa kot!



Tudeaaa Pinkish boy? Boy?? haha, sangat lah comel Iqbal Blake. Nampak je macam comel-comel kiut gini, sape sangka si comel ni sudah ada pemilik hatinya..Cewah!!
Iqbal ni kalau korang nak tahu, sangatlah aktif bersukan. 

Dan sangat suka dengan Tenis sampaikan sanggup tercedera kes terover semangat nak main sehingga tak warming up betul-betul. Effectnya urat dah berbelit-belit and tak boleh dah nak aktif sangat.

Compare dengan zaman muda-muda dulu, Blake ni makin chubby orangnye..
Sangat ceria and talkative jugak. Banyak mengarut-ngarut, layan loyar bughok tu boleh sangat lah kan...
Heyy! Annoying Blake! haha!!





Hello! Kol sape tu Syimah?? Pakwe ke papa? haha.. Ni dia Hasyimah Hassan aka Najwa Latip..(ksong..ksong..ksong..)..haha.... Baik orangnya and sangat rajin kalau wat kerja. 

Syimah ni yang speselnya tentang dia, sifat keibuan dia tu cukup terserlah. 
Lembut gitu and sangat caring dengan problem kawan-kawan dia. If ada masalah, cerita je, Syimah ni memang pendengar yang baik lah. Undeniable.. kan Syimah kan? ^.~
Ehem, also..ada SA yang sangat suweet.. dapat white pink roses sokmo.. 
untung lerrrr..





badrul dan bersungguh tidak dapat dipisahkan ibarat isi dengan kuku. boleh dikatakan ramai pensyarah kenal badrul disebabkan dia sangat komited dalam belajar. Derrul ni sangatlah suka bersajak. 

Teringat masa zaman PPISMP dulu, tetiap minggu keluar ke pantai. Kat sana, masa orang lain tengah dok asyik main ombak, dia duk karang sajak atas pasir. Hailoh hailoh Baderul dan sajaknya..

Tapi memang mantop lah munsyi ni sorang. Kesalahan bahasa laju je dia detect.
Sampai kadang-kadang tu ingat Badrul ni salah amek kos.. 
Haha, jangan mare Bad.. :)


Ni pulak ex-KU 2011, Arif Atoz.. Sangat suka dengan origami and segala macam seni seni halus tu dan jugak sangat sinonim dengan DANGDUT..ewaah! Duta Dangdut gittew...

 Nama lain bagi arif ni, Vampire Man, bloodsucker, bajet ala-ala Edward Cullen gittew. penangan pakai lens silver.. And sangat suka bergaya, tak lepas dari pashmina belit2 ala-ala mafla gitu. 

Sangaat kreatif dalam hiasan dan seni, memang patutlah ketua kecerian kelas dia pegang. That's why kelas kitorang sekarang ni sangatt ceria dengan rumput-rumput, bunga-bunga and macam-macam lagi hiasan....

(kuat ngepong tehhh..kenye doh ambo ni..haha..)




lapar bebeno 'adek' muizz sampai xsempat nk pandang kamera. Kalau nak tahu, ni lah hok paling 'muderrr' dalam kelas Sains. Paling matang and tak lama lagi insyaAllah dapatlah makan nasik minyok free.. 

MuizzRasani ni retiss IPG jugak. Ala, group AsWeSee yang glamour tu.. suara mantap, vokal pun okay, jadi imam pon boleyy...
Aha, juga sangat suka dengan aktiviti luar ye, banyak kali jugak jadi fasilitator ni..

and sangat alert dengan perkataan 'jawa', 'Jalan Kebun', 'nasi ambeng'..
Hehe, kenapa? Ada kisah di sebaliknya...ahemm!

Penambahan, part RAMBUT tu adalah part yang sangat sensitip dalam hidup dia..
Aset penting terrr..

_______________________________________

Aha, rasanya dah kenal semua dah dengan ahli kelas Sains ni kan. Macam ni lah kami. dah 3 tahun bersama. Dah masak dengan perangai masing-masing. Macam-macam karenah ada. Tapi tu la yang menceriakan kelas kami.
Walaupun kadang-kadan tu ada jugak konflik timbul.
Normal lah tu
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak sesama rakan sekelas. 

p/s: description kat setiap nama tu gurau-gurau je. Tapi ada jugak benarnya, mohon jangan terasa or ambik hati deh.. chill larh! ^_^

Entri Lapuk